Saya percaya semua wanita idamkan rupa paras yang cantik bak bidadari...mmm...termasuk diri saya sendiri. Mengapa perlu berbelanja besar hanya untuk cantik sedangkan masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai petua yang dapat menjimatkan kos.
Jadi, apa salahnya kalau dikongsi bersama petua-petua yang saya dapat dari bonda saya... SELAMAT MENCUBA....
Petua Menegangkan & Memutihkan Kulit Muka
Parut sebiji lobak merah dan campurkan bersama sebiji kuning telur dan perahan jus limau nipis. Sapukan pada wajah. Biarkan sehingga kering dan cuci muka dengan air suam. Lakukan 2 kali seminggu.
Petua Menghilangkan Jerawat
Tumbuk sedikit kunyit hidup bersama daun pegaga sehingga halus. Sapukan keseluruh wajah dan biarkan sehingga kering. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, cuci dengan air suam.
Lakukan setiap hari sehingga jerawat kering dan mengecil.
Kulit akan terasa lebih licin dan halus. Insyaallah...
0 comments:
Post a Comment